Thursday, July 15, 2010

LAPORAN PEMBEKALAN BUKU TEKS CETAKAN SEMULA (BCS) KEGUNAAN 2011

Merujuk Surat JPNPP(HEM)800-1(4) bertarikh 9 Julai 2010 memaklumkan bahawa pembekalan BCS untuk kegunaan 2011 sedang dibekalkan oleh penerbit melalui pengedar ke sekolah-sekolah seluruh negeri Pulau Pinang. Tempoh bekalan yang ditetapkan ialah dari 15 Jun 2010 hingga 9 Ogos 2010.
Pihak sekolah diminta memberi laporan status pembekalan BCS dari masa ke semasa. Oleh itu Borang LPBT 1 perlu dilengkapkan dan dihantar ke Unit Hal Ehwal Murid, JPNPP seperti tarikh-tarikh berikut:
Laporan 1 : 15 Julai 2010
Laporan 2: 16 Ogos 2010
Sebarang pertanyaan sila hubungi Tn Hj. Rubika Ghazali di talian 04-6521036 atai 019-4702902.
Harap maklum, terima kasih.

Friday, July 9, 2010

Forum Pelalian Vaksin HPV Peringkat Negeri Pulau Pinang

Pada 9 Julai 2010 (Jumaat) jam 8.30 pagi bertempat di Auditorium A Komtar, Guru Kesihatan sekolah dan dua orang wakil PIBG sekolah telah dijemput menghadiri Forum Pelalian Vaksin HPV. Forum yang dianjurkan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah mendapat sambutan yang amat memuaskan. Tujuan forum ini adalah untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada ibu bapa tentang kepentingan pelalian HPV (Kanser Servik). Dan vaksin pelalian HPV dijangka akan dibekalkan dalam bulan Ogos 2010. Pelbagai persoalan telah dikemukakan oleh peserta dan dijawab dengan jelas oleh ahli-ahli panel yang terdiri daripada pegawai-pegawai perubatan negeri. Borang kebenaran waris untuk suntikan pelalian HPV telah diedarkan oleh Unit HEM, Pejabat Pelajaran Daerah Timur Laut kepada semua sekolah menengah Daerah Timur Laut. Guru-guru kesihatan dan wakil-wakil PIBG diminta beri kerjasama membantu usaha Kementerian Kesihatan menjayakan pelalian vaksin HPV di kalangan pelajar Tingkatan 1 pada tahun ini.