Thursday, July 15, 2010

LAPORAN PEMBEKALAN BUKU TEKS CETAKAN SEMULA (BCS) KEGUNAAN 2011

Merujuk Surat JPNPP(HEM)800-1(4) bertarikh 9 Julai 2010 memaklumkan bahawa pembekalan BCS untuk kegunaan 2011 sedang dibekalkan oleh penerbit melalui pengedar ke sekolah-sekolah seluruh negeri Pulau Pinang. Tempoh bekalan yang ditetapkan ialah dari 15 Jun 2010 hingga 9 Ogos 2010.
Pihak sekolah diminta memberi laporan status pembekalan BCS dari masa ke semasa. Oleh itu Borang LPBT 1 perlu dilengkapkan dan dihantar ke Unit Hal Ehwal Murid, JPNPP seperti tarikh-tarikh berikut:
Laporan 1 : 15 Julai 2010
Laporan 2: 16 Ogos 2010
Sebarang pertanyaan sila hubungi Tn Hj. Rubika Ghazali di talian 04-6521036 atai 019-4702902.
Harap maklum, terima kasih.

Friday, July 9, 2010

Forum Pelalian Vaksin HPV Peringkat Negeri Pulau Pinang

Pada 9 Julai 2010 (Jumaat) jam 8.30 pagi bertempat di Auditorium A Komtar, Guru Kesihatan sekolah dan dua orang wakil PIBG sekolah telah dijemput menghadiri Forum Pelalian Vaksin HPV. Forum yang dianjurkan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah mendapat sambutan yang amat memuaskan. Tujuan forum ini adalah untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada ibu bapa tentang kepentingan pelalian HPV (Kanser Servik). Dan vaksin pelalian HPV dijangka akan dibekalkan dalam bulan Ogos 2010. Pelbagai persoalan telah dikemukakan oleh peserta dan dijawab dengan jelas oleh ahli-ahli panel yang terdiri daripada pegawai-pegawai perubatan negeri. Borang kebenaran waris untuk suntikan pelalian HPV telah diedarkan oleh Unit HEM, Pejabat Pelajaran Daerah Timur Laut kepada semua sekolah menengah Daerah Timur Laut. Guru-guru kesihatan dan wakil-wakil PIBG diminta beri kerjasama membantu usaha Kementerian Kesihatan menjayakan pelalian vaksin HPV di kalangan pelajar Tingkatan 1 pada tahun ini.

Monday, June 21, 2010

Gambar Sekitar Majlis Penyampaian Batuan KWAPM Parlimen Jelutong



Majlis Bantuan KWAPM Bagi Parlimen Jelutong telah diadakan pada 15 Jun 2010 jam 8.30 pagi di Dewan Bestari, SMK Abdullah Munshi. Penyelaras Parlimen Jelutong, En. Ng Fook Onn telah mewakili En. Abdul Razak Abdul Rahman, Ketua UMNO Bahagian Jelutong merasmikan majlis tersebut. Turut hadir di majlis itu ialah Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan JPNPP, En. Ismail Mohd Said, En. Zahari Zakariah Penolong Pentadbiran SMK Abdullah Munshi dan En. Ramlee Bakar, Penyelia HEM, JPNPP. Jamuan pagi dan tengah hari telah disediakan untuk semua murid dan waris yang hadir pada hari itu. Waris murid telah membuat tuntutan bantuan selepas majlis itu selesai.

Monday, May 31, 2010

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KPM PARLIMEN JELUTONG

Majlis Penyerahan Bantuan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi Parlimen Jelutong akan diadakan pada 15 Jun 2010 (Selasa) jam 8.30 pagi bertempat di Dewan SMK Abdullah Munshi. Kira-kira 420 murid dan ibu bapa akan menerima bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dari Penyelaras Parlimen Jelutong, Encik Ng Fook Onn. Taklimat kepada semua Guru Besar atau wakil sekolah-sekolah yang terlibat dengan majlis tersebut telah diadakan pada 31 Mei 2010 (Isnin) jam 3.00 petang di Bilik Mesyuarat PPD Timur Laut. Pihak sekolah diminta merujuk laman blog HEM, PPD Timur Laut untuk mengetahui perkembangan terkini berkaitan dengan majlis tersebut.

Wednesday, March 31, 2010

Jadual Pemantauan dan Penilaian Asrama Mutiara Daerah Timur Laut

Pengetua Sekolah-Sekolah Berasrama yang dihormati,
Untuk makluman pihak Pengetua, Jawatankuasa Pemantauan dan Penilaian Asrama Mutiara yang diketuai oleh Pegawai Pelajaran Daerah Timur Laut akan memulakan tugas-tugas memantau dan menilai ke semua asrama dalam Daerah Timur Laut bermula 5/4/2010 hingga 15/4/2010. Surat yang berkaitan telah pun diedarkan untuk pengetahuan dan tindakan pihak tuan [Rujuk PPDTL.700-12/1 (3) bertarikh 30 Mac 2010]. Pihak tuan boleh muat-turun Jadual Pemantauan dan Penilaian dari blog ini. Harap maklum, terima kasih.

Friday, March 19, 2010

PENILAIAN ASRAMA MUTIARA DAERAH TIMUR LAUT 2010

Jawatankuasa Penilaian Asrama Mutiara Peringkat Daerah Timur Laut yang diketuai oleh Pegawai Pelajaran Daerah Timur Laut/Timbalan PPD akan mengadakan mesyuaratnya pada 26 Mac 2010. Merujuk surat JPNPP(HEM)1100-1/1(8) bertarikh 3 Mac 2010, Jawatankuasa Penilaian Asrama Mutiara dikehendaki memulakan penilaian asrama mulai 1 April 2010 hingga 9 Aril 2010. Walau bagaimanapun pengetua bagi sekolah-sekolah berasrama akan dihubungi terlebih dahulu tentang tarikh penilaian yang sebenarnya. Sila muat-turun Instrumen Penilaian Asrama Mutiara 2010 untuk rujukan pihak tuan. Sebarang pertanyaan sila hubungai Rusli Hashim, Pegawai HEM PPD Timur Laut di talian 012-5387423/04-2296545.

Monday, March 8, 2010

Taklimat Pesanan Buku Teks 2011

Pada 8 dan 9 Mac 2010, Taklimat Buku Teks Tahun 2011 diadakan di dewan SMK Lelaki Methodist pada jam 8.00 - 5.00 ptg untuk guru-guru buku teks sekolah-sekolah Daerah Timur Laut. Sila rujuk sini untuk keterangan lanjut. Harap maklum, terima kasih.