Wednesday, March 31, 2010

Jadual Pemantauan dan Penilaian Asrama Mutiara Daerah Timur Laut

Pengetua Sekolah-Sekolah Berasrama yang dihormati,
Untuk makluman pihak Pengetua, Jawatankuasa Pemantauan dan Penilaian Asrama Mutiara yang diketuai oleh Pegawai Pelajaran Daerah Timur Laut akan memulakan tugas-tugas memantau dan menilai ke semua asrama dalam Daerah Timur Laut bermula 5/4/2010 hingga 15/4/2010. Surat yang berkaitan telah pun diedarkan untuk pengetahuan dan tindakan pihak tuan [Rujuk PPDTL.700-12/1 (3) bertarikh 30 Mac 2010]. Pihak tuan boleh muat-turun Jadual Pemantauan dan Penilaian dari blog ini. Harap maklum, terima kasih.

Friday, March 19, 2010

PENILAIAN ASRAMA MUTIARA DAERAH TIMUR LAUT 2010

Jawatankuasa Penilaian Asrama Mutiara Peringkat Daerah Timur Laut yang diketuai oleh Pegawai Pelajaran Daerah Timur Laut/Timbalan PPD akan mengadakan mesyuaratnya pada 26 Mac 2010. Merujuk surat JPNPP(HEM)1100-1/1(8) bertarikh 3 Mac 2010, Jawatankuasa Penilaian Asrama Mutiara dikehendaki memulakan penilaian asrama mulai 1 April 2010 hingga 9 Aril 2010. Walau bagaimanapun pengetua bagi sekolah-sekolah berasrama akan dihubungi terlebih dahulu tentang tarikh penilaian yang sebenarnya. Sila muat-turun Instrumen Penilaian Asrama Mutiara 2010 untuk rujukan pihak tuan. Sebarang pertanyaan sila hubungai Rusli Hashim, Pegawai HEM PPD Timur Laut di talian 012-5387423/04-2296545.

Monday, March 8, 2010

Taklimat Pesanan Buku Teks 2011

Pada 8 dan 9 Mac 2010, Taklimat Buku Teks Tahun 2011 diadakan di dewan SMK Lelaki Methodist pada jam 8.00 - 5.00 ptg untuk guru-guru buku teks sekolah-sekolah Daerah Timur Laut. Sila rujuk sini untuk keterangan lanjut. Harap maklum, terima kasih.

Wednesday, March 3, 2010

PERTANDINGAN AKTIVITI SOKONGAN BAHASA 2010

Semua Pengetua dan Guru Besar,
Merujuk surat PPDTL.700-7/1(1) bertarikh 3 Mac 2010, pihak sekolah (Men. dan Ren.) yang berminat boleh mengembalikan Lampiran A ke PPD Timur Laut sebelum 9 Mac 2010. Kertas konsep dan peraturan-peraturan pertandingan boleh dimuat-turun (download) melalui blog ini. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pn. M. Ambiga di talian 012-4512105 / 04-2296545. Harap maklum.