Wednesday, December 5, 2007

Keputusan Pemilihan Pengusaha Kantin Sekolah

Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah yang terlibat dalam proses tawaran tender kantin sekolah bagi tahun 2008/2009 telah menerima keputusan dari Jawatankuasa Pemilihan Pengusaha Kantin Peringkat PPD Pulau mulai 3 Disember 2007. Dengan itu pihak sekolah diminta menyampaikan keputusan tersebut kepada semua petender-petender yang berjaya mahu pun yang tidak berjaya. Keputusan Jawatankuasa Pemilihan Pengusaha Kantin Sekolah adalah muktamad. Tn. Hj. Yhaya Hussin, Penyelia Kesihatan, Unit HEM JPN Pulau Pinang memaklumkan bahawa surat perjanjian pengendalian kantin boleh berkuatkuasa mulai 1 Januari 2008 hingga 30 November 2009 (23 bulan sahaja). Harap maklum.

Monday, November 12, 2007

Seminar PIBG Daerah Pulau




Pada 10 November 2007 (Sabtu), Jawatankuasa Anti Ponteng Sekolah Peringkat Daerah Barat Daya telah berjaya menganjurkan Seminar PIBG di Dewan Balora Mastika, Kongsi, Balik Pulau dengan dihadiri kira-kira 110 orang peserta. Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan AJK (Ibu bapa) setiap sekolah dijemput hadir. PIBG diminta turut memainkan peranan di peringkat sekolah mengatasi masalah ponteng sekolah. Setiap mesyuarat PIBG disarankan membincangkan agenda disiplin murid. Semua peserta telah dibekalkan maklumat tentang nama pegawai aduan disiplin peringkat PPD, Jabatan Pelajaran dan juga KPM. Penceramah-penceramah yang mengambil bahagian dalam seminar tersebut ialah Dr. Sundramoorthy a/l Pathman, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan dan Dr. Main Rindam, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia.

Sunday, November 11, 2007

Jawatankuasa Anti Ponteng Sekolah

PIBG dan pihak sekolah perlu memainkan peranan menubuhkan satu jawatankuasa menangani masalah ponteng sekolah. Tanpa kerjasama semua pihak usaha menangani masalah ponteng sekolah tidak akan berjaya. PPD Pulau telah pun menubuhkan Jawatankuasa Anti Ponteng Peringkat Daerah dan telah/akan meneruskan aktiviti seperti yang dicadangkan dalam mesyuarat Jawatankuasanya yang lalu. Oleh itu dicadangkan supaya disiplin murid merupakan salah satu agenda dalam mesyuarat PIBG.

Monday, November 5, 2007

Mesyuarat Perancangan PPD Pulau Tahun 2008


Pada 2 hingga 4 November 2007, semua pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Pulau telah mengadakan Mesyuarat Perancangan PPD Pulau bagi tahun 2008 di Hotel Emerald Puteri, Sg. Petani. Semua Ketua Unit telah membentangkan perancangan masing-masing di hadapan semua pegawai dan disaksikan oleh Cik Fadzilah Binti Shaharim, Pegawai Pelajaran Daerah (Pulau), Pulau Pinang.