Monday, September 20, 2010

Jadual G Salinan Asal 1 (Sijil Akuan Penerimaan) SPBT

Unit HEM, Pejabat Pelajaran Daerah Timur Laut akan menghubungi beberapa buah sekolah yang didapati Sijil Akuan Penerimaan SPBT (Jadual G Salinan Asal 1) yang dihantar ke Unit HEM, JPNPP tidak lengkap. Di antara maklumat-maklumat yang tidak diisi atau tidak lengkap diisi oleh pihak sekolah berkenaan ialah:
  1. Penerima hendaklah dari kalangan pegawai yang dibenarkan - Pengetua/Guru Besar, PK 1, PK HEM, Penyelia petang atau Guru SPBT (Sila rujuk Garis Panduan Penerimaan Buku Teks).
  2. Ada tandatangan penerima tetapi tidak dicop dengan nama penerima dan jawatan penerima.
  3. Cop sekolah dicopkan di bahagian Tandatangan Penerima.
  4. Tiada tandatangan Penerima, tiada cop nama penerima dan jawatan penerima.
Sehubungan itu sekolah-sekolah berkenaan akan dihubungi oleh Unit HEM PPDTL dalam minggu ini supaya PK HEM sekolah berkenaan dapat membawa cop jawatan atau/dan cop sekolah ke Unit HEM PPDTL bagi tujuan tersebut. Harap maklum, terima kasih.