Unit HEM, Pejabat Pelajaran Daerah Timur Laut akan menghubungi beberapa buah sekolah yang didapati Sijil Akuan Penerimaan SPBT (Jadual G Salinan Asal 1) yang dihantar ke Unit HEM, JPNPP tidak lengkap. Di antara maklumat-maklumat yang tidak diisi atau tidak lengkap diisi oleh pihak sekolah berkenaan ialah:
- Penerima hendaklah dari kalangan pegawai yang dibenarkan - Pengetua/Guru Besar, PK 1, PK HEM, Penyelia petang atau Guru SPBT (Sila rujuk Garis Panduan Penerimaan Buku Teks).
- Ada tandatangan penerima tetapi tidak dicop dengan nama penerima dan jawatan penerima.
- Cop sekolah dicopkan di bahagian Tandatangan Penerima.
- Tiada tandatangan Penerima, tiada cop nama penerima dan jawatan penerima.
Sehubungan itu sekolah-sekolah berkenaan akan dihubungi oleh Unit HEM PPDTL dalam minggu ini supaya PK HEM sekolah berkenaan dapat membawa cop jawatan atau/dan cop sekolah ke Unit HEM PPDTL bagi tujuan tersebut. Harap maklum, terima kasih.