Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah Daerah Pulau telah diadakan mulai 28 Oktober 2008 hingga 30 Oktober 2008 di Hotel Eagle Bay, Langkawi. Sebanyak 38 peserta telah menghadiri kursus tersebut yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Guru Bimbingan Daerah Pulau yang diketuai oleh En. Wan Ab. Hamid dari SK Sg. Gelugor. Pegawai Pelajaran Daerah Timur Laut, Fauzi Hj. Omar telah menyempurnakan Majlis Perasmian kursus tersebut pada 28 Oktober 2008, jam 9.30 malam.
Wednesday, October 29, 2008
Saturday, September 6, 2008
Tawaran Sebut Harga Kantin dan Lanjut Tempoh Perjanjian
Semua Pengetua/Guru Besar yang dihormati,
Pihak sekolah tuan boleh mengiklankan tawaran sebut harga untuk kantin sekolah masing-masing kecuali sekolah yang bercadang melanjutkan perjanjian untuk tempoh setahun bagi pengusaha kantin yang didapati berprestasi baik. Sila gunakan Senarai Harga Standard yang baru dikeluarkan oleh JPN Pulau Pinang. Sekolah yang merupakan Pusat Tanggung Jawab (PTJ) perlu menubuhkan dua Jawatankuas: Jawatankuasa Buka dan Jawatankuasa Pemilihan Sebutharga. Sila rujuk surat arahan yang baru dikeluarkan oleh Unit HEM, JPNPP.
Pihak sekolah tuan boleh mengiklankan tawaran sebut harga untuk kantin sekolah masing-masing kecuali sekolah yang bercadang melanjutkan perjanjian untuk tempoh setahun bagi pengusaha kantin yang didapati berprestasi baik. Sila gunakan Senarai Harga Standard yang baru dikeluarkan oleh JPN Pulau Pinang. Sekolah yang merupakan Pusat Tanggung Jawab (PTJ) perlu menubuhkan dua Jawatankuas: Jawatankuasa Buka dan Jawatankuasa Pemilihan Sebutharga. Sila rujuk surat arahan yang baru dikeluarkan oleh Unit HEM, JPNPP.
Monday, September 1, 2008
Kursus Peningkatan Profesionalisme PPD Timur Laut
Pejabat Pelajaran Daerah Timur Laut telah mengadakan Kursus Peningkatan Profesionalisme Pegawai dan Staf pada 29 hingga 31 Ogos 2008 di Hotel Langkasuka, Langkawi. Pegawai dan staf PPDTL seramai 42 orang telah berjaya mengikuti kursus tersebut dari awal hingga akhir. Kaunselor JPN Kedah, En. Che Man telah dijemput untuk mengendalikan kursus tersebut dengan dibantu oleh Urusetia PPDTL. Pegawai dan staf yang mengikuti kursus itu memberi maklum balas yang positif dan mencadangkan kursus seumpama itu perlu diteruskan sekurang-kurang sekali setahun pada masa akan datang.
Majlis Persaraan dan Perpisahan Pegawai dan Staf PPD Timur Laut
Pada 9 Ogos 2008, Majlis Persaraan dan Perpisahan Pegawai dan Staf Pejabat Pelajaran Daerah Timur Laut (dahulunya PPD Pulau) telah diadakan di Hotel Berjaya Georgetown, Pulau Pinang. Sebelum majlis penyampaian cenderamata dan jamuan tengah hari, Tuan Haji Ramli Hj. Shafie, mantan Pengetua SMKA Al-Mashoor Lelaki telah dijemput memberi ceramah bertajuk, " Ke Arah Kecemerlangan Organisasi" kepada semua pegawai dan staf PPD Timur Laut. Namun begitu, penghargaan terima kasih perlu diberikan kepada pegawai-pegawai dan staf PPD Timur Laut yang sudi memberi sumbangan bagi menjayakan program tersebut. Selamat bersara dan mudah-mudah sentiasa dalam keadaan sihat kepada pegawai-pegawai yang bersara. Dan selamat berkhidmat dengan lebih cemerlang kepada pegawai dan staf PPD Timur Laut yang telah bertukar ke tempat kerja yang baru.
Wednesday, May 7, 2008
Seminar/Bengkel Pengurusan Kaunseling SM Daerah Pulau
Pada 8 Mei 2008 jam 8.00 pagi, kira-kira 40 orang Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dari sekolah-sekolah menengah daerah Pulau akan menghadiri Seminar/Bengkel Pengurusan Kaunseling di ATI Asia Tourism Training Centre yang beralamat di No. 61, Lorong Macalister, 10400 Pulau Pinang. Seminar/Bengkel tersebut dijangka akan dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah (Timur Laut), En. Pauzi Bin Hj. Omar. Jawatankuasa Guru Kaunseling Daerah Pulau berharap dengan kehadiran En. Pauzi Bin Hj. Omar nanti akan memberi peluang kepada semua guru kaunseling khususnya Jawatankuasanya mengenali lebih dekat dan mesra dengan PPD yang baru. PPD Pulau selaku penganjur percaya bahawa guru-guru kaunseling akan memperolehi menafaat dari seminar/bengkel ini.
Tuesday, April 29, 2008
Kempen Salah Laku dan Anti Ponteng Sekolah
Pejabat Pelajaran Daerah Timur Laut melalui Unit Hal Ehwal Muridnya telah mengagihkan/mengedarkan poster-poster, penanda buku, lencana dan sebagainya kepada semua sekolah di kawasan Daerah Timur Laut. Pengetua dan Guru Besar dengan kerjasama semua guru dan pelajarnya dapat memberi sokongan kepada usaha murni ini agar kempen salah laku dan anti ponteng di sekolah berjaya mencapai matlamatnya.
Wednesday, January 23, 2008
Taklimat Majlis Penyerahan Bantuan KPM
Majlis Penyerahan Bantuan KPM telah diberikan kepada beberapa buah sekolah rendah dan menengah yang terlibat di Bilik Mesyuarat Pejabat Pelajaran Daerah Pulau pada 22 Januari 2008 jam 2.30 petang. Sekolah-sekolah berkenaan sila hubungi sekolah-sekolah yang menjadi tuan rumah majlis tersebut untuk memperolehi maklumat terkini. Beberapa buah sekolah lain juga akan dijemput untuk diberi taklimat yang sama supaya majlis tersebut dapat berjalan dengan lancar dan bantuan KPM dapat disampaikan terus ke tangan ibu bapa/waris murid yang layak.
Sunday, January 6, 2008
Isu Bayaran Tambahan
Taklimat mengenai Bayaran Tambahan telah diberikan oleh Pengarah JPNPP kepada semua Pengetua dan Guru Besar seluruh negeri Pulau Pinang di ILP, Kepala Batas baru-baru ini. Namun demikian masih didapati ada segelintir pihak pengurusan sekolah masih kurang memahami dan memberi tafsiran yang berbeda mengenai pakej bayaran tambahan. Walau bagaimanapun, setakat hari ini masalah tersebut dapat ditangani dengan baik. Walau bagaimanapun melalui ruangan ini, diharap dapat membantu semua pihak yang berkepentingan memahami bahawa:
- Pakej Bayaran Tambahan yang dipilih sama ada Pakej A atau Pakej B atau Pakej C mesti mendapat persetujuan PIBG terlebih dahulu.
- Pakej yang dipilih itu hendaklah sesuai dengan kemampuan dan latar belakang waris sekolah berkenaan.
- Tidak boleh sama sekali menambah item-item tertentu seperti derma PIBG, Majalah Sekolah dan sebagainya dalam pakej tersebut.
- Waris boleh membayar secara ansuran atau mengemukakan permohonan mengecualikan dari Bayaran Tambahan tersebut jika tidak berkemampuan.
- Waris telah keliru dan mungkin dikelirukan seolah-olah pemansuhan yuran sekolah maka sekolah tidak perlu lagi mengenakan sebarang bayaran mahu pun insurans takaful.
- Sebenarnya sebelum Yuran Sekolah dimansuhkan oleh pihak kerajaan, waris memang membuat bayaran-bayaran lain untuk keperluan murid.
- Pihak sekolah dan PIBG perlu mengambil kira beban kepada pihak waris yang berpendapatan rendah dan juga sederhana terutama yang mempunyai ramai anak sedang bersekolah sebelum mengenakan apa-apa bayaran.
PPD Pulau berharap pihak pengurusan sekolah dan PIBG dapat menyelesaikan apa jua masalah dengan waris cara yang baik dan berhemah. Pemansuhan Yuran Sekolah dan semua Yuran Peperiksaan Awam (UPSR, PMR, SPM dll) serta pemberian buku teks secara percuma telah dapat mengurangkan beban kewangan pihak waris. Di samping itu pihak sekolah telah diminta mengenalpasti murid-murid dari keluarga berpendapatan rendah diberikan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin, Rancangan Makanan Tambahan, Skim Baucar Tuisyen dan juga biasiswa sejak beberapa tahun yang lalu. Anak didik kita akan berjaya jika semua pihak dapat memainkan peranan masing-masing.
Wednesday, January 2, 2008
Pengusaha Kantin
Pengetua dan Guru Besar bagi sekolah-sekolah yang telah menawarkan tender kantin bagi tahun 2008/2009 diminta memastikan perjanjian kantin yang akan ditandatangani itu akan memasuki Klausa 17.4 (a) dan 17.4 (b) dan tempoh perjanjian mulai 1 Januari 2008 hingga 30 November 2009. Pengusaha kantin yang telah menerima tawaran diminta sentiasa mengambil berat berkaitan dengan kebersihan makanan dan minuman serta kantin secara keseluruhannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)