- Pakej Bayaran Tambahan yang dipilih sama ada Pakej A atau Pakej B atau Pakej C mesti mendapat persetujuan PIBG terlebih dahulu.
- Pakej yang dipilih itu hendaklah sesuai dengan kemampuan dan latar belakang waris sekolah berkenaan.
- Tidak boleh sama sekali menambah item-item tertentu seperti derma PIBG, Majalah Sekolah dan sebagainya dalam pakej tersebut.
- Waris boleh membayar secara ansuran atau mengemukakan permohonan mengecualikan dari Bayaran Tambahan tersebut jika tidak berkemampuan.
- Waris telah keliru dan mungkin dikelirukan seolah-olah pemansuhan yuran sekolah maka sekolah tidak perlu lagi mengenakan sebarang bayaran mahu pun insurans takaful.
- Sebenarnya sebelum Yuran Sekolah dimansuhkan oleh pihak kerajaan, waris memang membuat bayaran-bayaran lain untuk keperluan murid.
- Pihak sekolah dan PIBG perlu mengambil kira beban kepada pihak waris yang berpendapatan rendah dan juga sederhana terutama yang mempunyai ramai anak sedang bersekolah sebelum mengenakan apa-apa bayaran.
PPD Pulau berharap pihak pengurusan sekolah dan PIBG dapat menyelesaikan apa jua masalah dengan waris cara yang baik dan berhemah. Pemansuhan Yuran Sekolah dan semua Yuran Peperiksaan Awam (UPSR, PMR, SPM dll) serta pemberian buku teks secara percuma telah dapat mengurangkan beban kewangan pihak waris. Di samping itu pihak sekolah telah diminta mengenalpasti murid-murid dari keluarga berpendapatan rendah diberikan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin, Rancangan Makanan Tambahan, Skim Baucar Tuisyen dan juga biasiswa sejak beberapa tahun yang lalu. Anak didik kita akan berjaya jika semua pihak dapat memainkan peranan masing-masing.