Wednesday, January 23, 2008
Taklimat Majlis Penyerahan Bantuan KPM
Majlis Penyerahan Bantuan KPM telah diberikan kepada beberapa buah sekolah rendah dan menengah yang terlibat di Bilik Mesyuarat Pejabat Pelajaran Daerah Pulau pada 22 Januari 2008 jam 2.30 petang. Sekolah-sekolah berkenaan sila hubungi sekolah-sekolah yang menjadi tuan rumah majlis tersebut untuk memperolehi maklumat terkini. Beberapa buah sekolah lain juga akan dijemput untuk diberi taklimat yang sama supaya majlis tersebut dapat berjalan dengan lancar dan bantuan KPM dapat disampaikan terus ke tangan ibu bapa/waris murid yang layak.
Sunday, January 6, 2008
Isu Bayaran Tambahan
Taklimat mengenai Bayaran Tambahan telah diberikan oleh Pengarah JPNPP kepada semua Pengetua dan Guru Besar seluruh negeri Pulau Pinang di ILP, Kepala Batas baru-baru ini. Namun demikian masih didapati ada segelintir pihak pengurusan sekolah masih kurang memahami dan memberi tafsiran yang berbeda mengenai pakej bayaran tambahan. Walau bagaimanapun, setakat hari ini masalah tersebut dapat ditangani dengan baik. Walau bagaimanapun melalui ruangan ini, diharap dapat membantu semua pihak yang berkepentingan memahami bahawa:
- Pakej Bayaran Tambahan yang dipilih sama ada Pakej A atau Pakej B atau Pakej C mesti mendapat persetujuan PIBG terlebih dahulu.
- Pakej yang dipilih itu hendaklah sesuai dengan kemampuan dan latar belakang waris sekolah berkenaan.
- Tidak boleh sama sekali menambah item-item tertentu seperti derma PIBG, Majalah Sekolah dan sebagainya dalam pakej tersebut.
- Waris boleh membayar secara ansuran atau mengemukakan permohonan mengecualikan dari Bayaran Tambahan tersebut jika tidak berkemampuan.
- Waris telah keliru dan mungkin dikelirukan seolah-olah pemansuhan yuran sekolah maka sekolah tidak perlu lagi mengenakan sebarang bayaran mahu pun insurans takaful.
- Sebenarnya sebelum Yuran Sekolah dimansuhkan oleh pihak kerajaan, waris memang membuat bayaran-bayaran lain untuk keperluan murid.
- Pihak sekolah dan PIBG perlu mengambil kira beban kepada pihak waris yang berpendapatan rendah dan juga sederhana terutama yang mempunyai ramai anak sedang bersekolah sebelum mengenakan apa-apa bayaran.
PPD Pulau berharap pihak pengurusan sekolah dan PIBG dapat menyelesaikan apa jua masalah dengan waris cara yang baik dan berhemah. Pemansuhan Yuran Sekolah dan semua Yuran Peperiksaan Awam (UPSR, PMR, SPM dll) serta pemberian buku teks secara percuma telah dapat mengurangkan beban kewangan pihak waris. Di samping itu pihak sekolah telah diminta mengenalpasti murid-murid dari keluarga berpendapatan rendah diberikan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin, Rancangan Makanan Tambahan, Skim Baucar Tuisyen dan juga biasiswa sejak beberapa tahun yang lalu. Anak didik kita akan berjaya jika semua pihak dapat memainkan peranan masing-masing.
Wednesday, January 2, 2008
Pengusaha Kantin
Pengetua dan Guru Besar bagi sekolah-sekolah yang telah menawarkan tender kantin bagi tahun 2008/2009 diminta memastikan perjanjian kantin yang akan ditandatangani itu akan memasuki Klausa 17.4 (a) dan 17.4 (b) dan tempoh perjanjian mulai 1 Januari 2008 hingga 30 November 2009. Pengusaha kantin yang telah menerima tawaran diminta sentiasa mengambil berat berkaitan dengan kebersihan makanan dan minuman serta kantin secara keseluruhannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)