Monday, February 7, 2011
TAKLIMAT PENGURUSAN PK HEM PPDTL
Taklimat Pengurusan PK HEM PPDTL pada 7 Februari 2011 jam 2.30 petang di SMK(L) Methodist . Semua PK HEM dikehendaki hadir
Monday, September 20, 2010
Jadual G Salinan Asal 1 (Sijil Akuan Penerimaan) SPBT
Unit HEM, Pejabat Pelajaran Daerah Timur Laut akan menghubungi beberapa buah sekolah yang didapati Sijil Akuan Penerimaan SPBT (Jadual G Salinan Asal 1) yang dihantar ke Unit HEM, JPNPP tidak lengkap. Di antara maklumat-maklumat yang tidak diisi atau tidak lengkap diisi oleh pihak sekolah berkenaan ialah:
- Penerima hendaklah dari kalangan pegawai yang dibenarkan - Pengetua/Guru Besar, PK 1, PK HEM, Penyelia petang atau Guru SPBT (Sila rujuk Garis Panduan Penerimaan Buku Teks).
- Ada tandatangan penerima tetapi tidak dicop dengan nama penerima dan jawatan penerima.
- Cop sekolah dicopkan di bahagian Tandatangan Penerima.
- Tiada tandatangan Penerima, tiada cop nama penerima dan jawatan penerima.
Sehubungan itu sekolah-sekolah berkenaan akan dihubungi oleh Unit HEM PPDTL dalam minggu ini supaya PK HEM sekolah berkenaan dapat membawa cop jawatan atau/dan cop sekolah ke Unit HEM PPDTL bagi tujuan tersebut. Harap maklum, terima kasih.
Monday, August 9, 2010
Pembayaran Bantuan KWAPM Tahun 2011 Kepada Murid Tahun 1 hingga Ting.1/Peralihan Yang Berdaftar Dengan eKasih
Selaras dengan keputusan Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan Bil. 1 Tahun 2010 pada 7 Januari 2010 telah memutuskan bahawa semua Kementerian/Jabatan/Agensi adalah WAJIB menggunakan data eKASIH sebagai rujukan utama untuk memberi program/projek dan bantuan pembasmian kemiskinan (disertakan sesalinan surat berkenaan).
Oleh itu bermula tahun 2011, KPM akan menjadikan eKASIH sebagai rujukan utama dalam pemberian bantuan KWAPM bagi murid Tahun 1 hinggan Ting.1/Peralihan.
Sila rujuk PPDTL.700-1/8(17) bertarikh 10 Ogos 2010.
Oleh itu bermula tahun 2011, KPM akan menjadikan eKASIH sebagai rujukan utama dalam pemberian bantuan KWAPM bagi murid Tahun 1 hinggan Ting.1/Peralihan.
Sila rujuk PPDTL.700-1/8(17) bertarikh 10 Ogos 2010.
Buku Teks Terbitan Baru Kegunaan 2011
Pihak sekolah diminta merujuk kepada lampiran A Senarai Judul Buku Teks Terbitan Baharu KSSR/KBSR/KBSM Kegunaan Mulai Tahun 2011 semasa menerima bekalan buku daripada pihak pengedar/penerbit. Sekiranya terdapat keciciran judul buku yang dipesan, pihak sekolah diminta memaklumkan kepada JPN (Hj. Rubika Ghazali 04-6521036/019-4702902) dengan kadar segera.
Sila rujuk: JPNPP(HEM)800-5(7) bertarikh 23Julai 2010
Sila rujuk: JPNPP(HEM)800-5(7) bertarikh 23Julai 2010
Thursday, July 15, 2010
LAPORAN PEMBEKALAN BUKU TEKS CETAKAN SEMULA (BCS) KEGUNAAN 2011
Merujuk Surat JPNPP(HEM)800-1(4) bertarikh 9 Julai 2010 memaklumkan bahawa pembekalan BCS untuk kegunaan 2011 sedang dibekalkan oleh penerbit melalui pengedar ke sekolah-sekolah seluruh negeri Pulau Pinang. Tempoh bekalan yang ditetapkan ialah dari 15 Jun 2010 hingga 9 Ogos 2010.
Pihak sekolah diminta memberi laporan status pembekalan BCS dari masa ke semasa. Oleh itu Borang LPBT 1 perlu dilengkapkan dan dihantar ke Unit Hal Ehwal Murid, JPNPP seperti tarikh-tarikh berikut:
Laporan 1 : 15 Julai 2010
Laporan 2: 16 Ogos 2010
Sebarang pertanyaan sila hubungi Tn Hj. Rubika Ghazali di talian 04-6521036 atai 019-4702902.
Harap maklum, terima kasih.
Pihak sekolah diminta memberi laporan status pembekalan BCS dari masa ke semasa. Oleh itu Borang LPBT 1 perlu dilengkapkan dan dihantar ke Unit Hal Ehwal Murid, JPNPP seperti tarikh-tarikh berikut:
Laporan 1 : 15 Julai 2010
Laporan 2: 16 Ogos 2010
Sebarang pertanyaan sila hubungi Tn Hj. Rubika Ghazali di talian 04-6521036 atai 019-4702902.
Harap maklum, terima kasih.
Friday, July 9, 2010
Forum Pelalian Vaksin HPV Peringkat Negeri Pulau Pinang
Monday, June 21, 2010
Gambar Sekitar Majlis Penyampaian Batuan KWAPM Parlimen Jelutong
Majlis Bantuan KWAPM Bagi Parlimen Jelutong telah diadakan pada 15 Jun 2010 jam 8.30 pagi di Dewan Bestari, SMK Abdullah Munshi. Penyelaras Parlimen Jelutong, En. Ng Fook Onn telah mewakili En. Abdul Razak Abdul Rahman, Ketua UMNO Bahagian Jelutong merasmikan majlis tersebut. Turut hadir di majlis itu ialah Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan JPNPP, En. Ismail Mohd Said, En. Zahari Zakariah Penolong Pentadbiran SMK Abdullah Munshi dan En. Ramlee Bakar, Penyelia HEM, JPNPP. Jamuan pagi dan tengah hari telah disediakan untuk semua murid dan waris yang hadir pada hari itu. Waris murid telah membuat tuntutan bantuan selepas majlis itu selesai.
Subscribe to:
Posts (Atom)