Friday, July 9, 2010

Forum Pelalian Vaksin HPV Peringkat Negeri Pulau Pinang

Pada 9 Julai 2010 (Jumaat) jam 8.30 pagi bertempat di Auditorium A Komtar, Guru Kesihatan sekolah dan dua orang wakil PIBG sekolah telah dijemput menghadiri Forum Pelalian Vaksin HPV. Forum yang dianjurkan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah mendapat sambutan yang amat memuaskan. Tujuan forum ini adalah untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada ibu bapa tentang kepentingan pelalian HPV (Kanser Servik). Dan vaksin pelalian HPV dijangka akan dibekalkan dalam bulan Ogos 2010. Pelbagai persoalan telah dikemukakan oleh peserta dan dijawab dengan jelas oleh ahli-ahli panel yang terdiri daripada pegawai-pegawai perubatan negeri. Borang kebenaran waris untuk suntikan pelalian HPV telah diedarkan oleh Unit HEM, Pejabat Pelajaran Daerah Timur Laut kepada semua sekolah menengah Daerah Timur Laut. Guru-guru kesihatan dan wakil-wakil PIBG diminta beri kerjasama membantu usaha Kementerian Kesihatan menjayakan pelalian vaksin HPV di kalangan pelajar Tingkatan 1 pada tahun ini.