Sekolah-sekolah yang menghadapi masalah kekurangan buku teks tertentu, sila hubungi sekolah-sekolah yang berlebihan stok buku teks berkenaan. Sekolah-sekolah yang berlebihan stok buku boleh disemak melalui laman blok ini. Oleh itu pohon kerjasama pihak sekolah berkenaan untuk membantu sekolah-sekolah yang menghadapi kekurangan buku bagi judul-judul tertentu sebelum sesi persekolahan tahun 2010 bermula. Sila rujuk surat siaran bertarikh 24 Disember 2009 [PPDTL/02/01/004/(09)].
Unit HEM PPD Timur Laut akan membuat semakan Senarai Stok SPBT sekali lagi pada 15 Januari 2010 supaya kekurangan buku teks dapat ditangani sepenuhnya melalui Bilik Operasi Buku Teks Daerah (BOSD). Oleh itu pihak sekolah yang masih belum menghantar Borang Senarai Stok SPBT ke Unit HEM, PPD Timur Laut diminta segera mengemaskini Senarai Stok Buku SPBT dan emel kepada Unit HEM, PPD Timur Laut (alamat emel: hemppdtl@gmail.com) dengan kadar segara.