Friday, December 11, 2009

Senarai Stok Buku SPBT Tahun 2010

Guru Penyelaras SPBT/Guru SPBT boleh muat-turun borang Senarai Stok Buku Tahun 2010 melalui laman blog ini di bahagian Kemaskini Maklumat. Tuan/puan boleh emel borang tersebut selewat-lewatnya pada 21 Disember 2009 ke alamat hemppdtl@gmail.com. Senarai Stok Buku yang telah dikemaskini tidak perlu lagi dihantar sekiranya tuan/puan telah emelkan kepada PPD Timur Laut. Walau bagaimanapun pihak tuan/puan perlu menyimpan satu salinan Senarai Stok Buku untuk tujuan penyelarasan/pengagihan buku teks pada masa akan datang. Untuk makluman pihak tuan/puan, sekolah-sekolah yang menghadapi kekurangan buku tertentu akan diselaraskan antara sekolah-sekolah melalui suatu perjumpaan dengan semua Guru Penyelaras SPBT/Guru SPBT dalam bulan Januari/Februari ini.